Saturday, May 19, 2012

Kerana aku seorang kakak



Kerana aku seorang kakak,
Memegang amanah yang besar untuk adik-adiknya,
Tak pernah walaupun sedetik berhenti memikirkan adik-adiknya,
Adik-adik adalah tangunggjawab , yang akan dipertanyakan di sana nanti.

Setiap kali telefon keluarga di Malaysia takkan lepas untuk aku bertanyakan khabar adik-adik sihat tak, solat sudah ke, Mengaji dah, baca buku ke belum ,tolong ummi tak buat kerja..
Kadang-kadang rasa nak balik malaysia ingin bersama membesar hidup bersama mereka, sama-sama  belajar mengenali dan menjelajah kehidupan bersama-sama.

Menitis air mata memikirkan tentang mereka, adakah aku sudah menjadi kakak terbaik untuk mereka, setiap perancangan hidup , kehadiran mereka sentiasa ada dalam kamus hidupku,  Dulu aku sentiasa membilang hari bilakah bisa aku kembali hidup seperti dulu, hidup bersama mereka, solat sama-sama, ngaji sama-sama, belajar sama-sama...Aku lah yang bertanggungjawab mencorak keindahan islam didalam hati mereka, agar suatu hari nanti pabila tiba saat aku harus meninggalkan mereka, Aku bisa pergi dengan tenang, Mereka sudah bisa dan melihat sesuatu dengan kaca mata ISLAM. Itulah harapanku sebagai seorang kakak sejak saat kali pertama aku meningglkan mereka sebelum melangkah ke bumi Anbiya' ini, Aku harus kembali pulang untuk mendidik mereka...

Semakin banyak kita melalui sungai-sungai kehidupan semakin  banyak juga batu-batu ujian yang akan kita harungi agar kita menjadi manusia yang kuat

Tadi seorang adikku, bila aku bertanya khabar, dia diam seribu kata, rupa-rupanya sedang menangis, Aku dah berjanji ingin membelikan dia Jam , duit tabungnya habis guna untuk merawat kaki dia yang terkoyak terlanggar batu minggu lepas, biciklah yang bawa ke Klinik, Ummi n abah tak ada rumah pula masa tu, Dia seorang yang sangat lemah lembut dan Independent. " Bitaufiq Wannajah dalam SPM nanti"

Rabiatul seorang yang periang, Siti hajar garang  dan kelakar, Shaima' bertanggungjawab dan banyak bercakap.

Menjadi seorang kakak ibarat permulaan " trainning" untuk menjadi Ibu nanti,  bukan senang tapi sangat indah, Susah senang yang dihadapi  bersama mereka banyak mengajar diri ini menjadi manusia yang perlu banyak bersabar, bersyukur, berkasih sayang, bertoleransi. Ummi salu pesan " Kakak kena banyak bergalah, adik tu tak tahu lagi, kakak lah yang kene ajar"  walaupun kadang kita tak puas hati , berebut-rebut tapi dari sudut hati kita nakkan yang terbaik untuk mereka.

Tanggunhjawab kita pada ummah sangat besar Akan tetapi tanggungjawan pada mereka juga tidakkan terlepas, Kerana aku seorang akak, Aku sentiasa inginkan yang terbaik buat mereka.

Teringat kata-kata seorang Tokoh wanita, pabila ditanya tentang rahsia kejayaan dia dan penyelesaian masalah sosial pada zaman sekarang, dia menjawab pulang dan kembalilah ke rumah kamu semua, bahagiakan dan binalah  keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan mawaddah.

Keluarga adalah Institusi yang sangat penting, jangan pernah abaikan kewajipan ini, Banyak mutiara-mutiara islam yang terbilang lahir daripada keluarga yang penuh dengan keindahan islamiyah.

Semoga kita semua sentiasa menjadi Hamba ALLAh yang sentiasa taat pada perintahnya , Ameen.

Jordan,
4.45 p.m
19 Mei 2012

1 comment:

  1. ya Allah,,,sodih lak den di bueknyo,,,sob3,,,bilo nk balik msia?,,,jgn xajak den lak,,,nnt leh suh pak long ajar menembak,baru leh jd akak yg gagah,,hihihi

    ReplyDelete

suaramu amat ku hargai