Sunday, January 2, 2011

Berbicara bersama Alam





Asslamualaikum,
waalaikumussalam,

Wahai manusia,
Bersyukur aku menjadi Hamba ALLAH

Wahai Alam,
Aku juga bersyukur menjadi Hamba Penciptaku,

*Tersenyum si Alam*

Wahai Alam,

Yee,

Aku lihat sungguh patuh dikau mengerjakan ibadah,
Aku tahu dikau menurut perintah Penciptamu,
Aku juga seperti kamu harus menurut perintah Penciptaku,

Benarkah Wahai Manusia,
Hidup dan matiku hanya kerana ALLAH,
Itu tanda aku berterima kasih pada Penciptaku,

Wahai Alam,
Aku seperti cemburu denganmu,

Mengapa??

Setiap hari Dikau tidak pernah berhenti walau sesaat berzikir, beribadah pada Penciptamu,
Sedangkan Aku, kadang-kadang Lalai, Terleka dan Alpa,

Wahai Manusia,
Janganlah bersedih, janganlah pula menyalahkan diri,
Penciptaanmu adalah sebaik-baik penciptaan ,
Bersyukurlah Wahai Manusia,
Bukankah bersyukur itu salah satu daripada Ibadah,

Betul apa yang diperkatakan olehmu Wahai Alam,

Terima kasih Wahai Alam kerana memperingatkan Aku daripada terus hanyut dibawa kekesalan,

Wahai Manusia,
Berusalah kamu semahu mungkin,
In sya ALLAH Redho ALLAH bersamamu,
Ganjaran ALLAH sungguh indah,
Sungguh ALLAH akan memperkotakan janji,
Ingat yee Wahai Manusia,
Laa Tansa Zikrullah,

Terima Kasih Wahai Alam,
Kata-kata dan nasihatmu akan aku genggam seerat-eratnyer,
Akan tetapi,
Aku harus mengundur diri,
Ada pekerjaan yang harus aku persiapkan,
In sya ALLAH kita berjumpa lagi,
Sungguh indah bersahabat bersamamu,

Wahai Manusia,
Aku juga begitu,
Semoga kita menjadi HAMBA ALLAH yang sentiasa Bersyukur,
In sya ALLAH,

In sya ALLAH
(^_^)

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai