Friday, June 17, 2011

Selagi ada harapan, diri ini akan terus berjalan.


Kehidupan ini membuatkan aku berhenti sejenak daripada berjalan,
Menilai diri yang semakin hari semakin pergi,
Semakin aku tidak mengenali diri ,

Aku harus berhenti,
merenung kembali,
mengimbas memori,
memuhasabahkan diri,

Aku punyai amanah,
Aku membawa harapan ibu ayah,
Aku juga bergelar sahabat,
Dan aku juga Adalah Hamba pada pencipta yang Maha Pengampun,

Aku harus berhenti sejenak,
meluruskan kembali niat ini...
Mengenali diri ,
Meneruskan perjuangan kekasih hati...

Ya tuhan,
Kuatkan hati ini,
Untuk terus berjuang di jalan ini,
Ampuni dosa diri ini,
Wahai Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Semoga KITA tergolong antara hamba yang sering bertahmid dah beristighfar kepada-NYA .


Seorang hamba Tuhan yang Maha pengasih dan Penyayang,
Al-alifat
17. 6

____________________________


note: Kesimpulan daripada surat An-Nasr, aku harus sentiasa memuhasabahkan diri, peringatan buat diri.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ (١) وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجً۬ا (٢) فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ ڪَانَ تَوَّابَۢا (٣)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); (1) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; (2) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (3

note 2 : aku terlepas menghadiri hari bahagia sahabatku ,maafkan diriku seandainya dikau memahami bahasaku ini.

note3: Senyum sokmo, Ganu kitoo (walaupun 14 tahun pernah menetap senyum sokmo je tahu... *_*)

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai