Wednesday, June 1, 2011

Sudah hentikanlah

Assalamualaikum,



huuuu(menghembuskan nafas y panjang), sudah beratus saat masa berlalu akan tetapi ,aku tetap begini (duduk diatas tempat beradu), tidak dapat melelapkan mata... berbagai-bagai persolan dan perasaan yang bercampur baur menghampiriku bertalu-talu,

Aku sedih ,, geram, lelah.........

Sahabatku sekaliannya sedang dibuai mimpi, dan ada juga sedang bermujahadah dihujung sana, semoga

ALLAH membantunya di medan imtihan pada esok hari.



_______________________________________________________
Sudah hentikanlah , menyeksa, merampas...Itu HAK Mereka!!!





beberapa jam yang lepas....ditemani kesunyian malam yang dingin bersama-sama sahabatku,

Terdetik dihatiku untuk menonton movie ini, Valley Of The Wolves Palestine 2011
dan inilah yang menyebabkan aku tidak dapat melelapkan mata sehingga saat aku sedang menulis ini,

Sebuah cerita yang mengisahkan akan semangat perjuangan membebaskan Bumi Palestin Tercinta dan sifat jijik dan tidak berperikemanusian rejim Israel...

Empat pemuda yang gagah lagi berani berasal dari negara Konstantinopel , Darah perjuangan sultan Al- fateh menggalir deras dalam diri mereka...ALLAHuakbar!!, tiada gentar atau takut kerana syahid itu lebih didambakan.

Licik, berstrategi, intelektual, berani ,gagah, tawakal,tidak putus asa itu yang aku dapat gambarkan mengenai diri mereka.

Ya, itu mereka, tapi KITA!!!

Sebagai seorang mujahid, mereka berjuang habis-habisan hingga ke titisan daran yang terakhir tiada gentar akan mati demi menegakkan kalimah ALLAH..Syiar Islam,

Kita pula "as a DAIE"??
Pengorbanan apa yang telah kita lakukan untuk islam, mujahadah yang bagaimana yang telah kita perjihadkan...

Sudahlah tiada titisan darah pon yang mengalir jatuh keatas bumi, takkan mahu lagi tersenyum gembira bergelak ketawa.

Si ayah itu menangis hiba pabila mendapat Khabar berita yang anak dan ibunya telah tiada lagi dibumi ini angkara israel yang tidak berperikemanusiaan itu, Si ayah itu tidak rebah ,jatuh, futur.. akan tetapi dia bangkit, bangkit dengan sebuah semangat yang tiada tandinganya kerana , hidup dan matinya hanyalah kerana ALLAH. Inilah semangat daie yang perlu kita tanamkan dan pahat dlm diri kita.

Di dalam ayat suci Al-quran,
Allah telah menawarkan kepada kita sebuah perdagangan yang menguntungkan dan tidak akan pernah rugi walau sekali,

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ ١٠
سورة الصف
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10)


ِApakah perdagangan yang menguntungkan itu??,

تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١
سورة الصف

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (11)

MAKA...

يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢سورة الصف

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. (12)

AYUHH!!
Mari, mari, mari kita bersama-sama berganding bahu menyahut tawaran INI.

Ku lihat ke arah tingkap, susana malam yang damai ,langit berwarna kekuningan,
aku dalam keadaan tenang tanpa kegelisahan, tiada ketakutan ...
Mereka??, bagaimakah keadaan mereka, adakah sedang berpeluk tubuh, menangis, atau kini mereka sedang membaling batu kearah regim israel yang tiada nilai insani itu,

YA ALLAH berikan kekuatan kepada mereka,
Ampuni diriku, ditas kelalaian yang aku sendiri ciptakan...
Berikan aku keuatan, titik penolakan untuk aku terus bangkit, bangkit menegakkan agamamu ...

Semoga kita terus Thabat diatas jalan kebenaran ini, Ameen ya RAb.

Al-alifat,
MAassalamah.


note 1: PEnulisan ini kutujukan untuk diriku sendiri dan sahabat2 sekalian.

note 2: Wahai Malaysia buat filem yang berbentuk perjuangan sebegini, udah-udah2 mengenai cinta2 yang tiada maknanya, cerita hantu yang membuang masa, mengenai masalah sosial yang hanya ingin mengaut keuntungan buka mencipta perubahan. Kita sudah teralu lama bersuka, kiamat entah bila akan tiba.Mari kita sama-sama berubah.

note 3: Imtihanku sudah tamat, Doakan ye semoga aku berjaya fi dunia wal akhirat..

4 comments:

  1. salam akak saya zulaika saya suka blog akak ad email x?ebook
    boleh saya add nnt?
    ataupun facebook akak boleh sya jadi friends akak

    ReplyDelete
  2. anonymous..sorry sangat akak x perasan..email akak umme_syahadah91@yahoo.com

    semoga kita sama2 peroleh manfaat..^^

    ReplyDelete

suaramu amat ku hargai