Sunday, October 20, 2013

Ish malulah !

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah Rabbul'alamin kita masih diberi nikmat keimanan dan kehidupan,
Selawat dan salam kepada Rasulullah nabi penyuluh ummat.

Cuti Aidil Adha,
Seminggu yang sangat bermakna,
Terima kasih Ya Allah, memberiku kesempatan ini.

Semalam baru sampai Amman ,
Perjalanan merentas Sahara,
Mencabar, pening, loya semua ada,
Naik bas tapi rasa macam naik kuda,
In sya Allah ada kemanisan disebaliknya.

Dan yang paling manis  dapat berjumpa dengan akhawat-akhawat disana,
Mantap deh, bakal-bakal ulama tu.
Seorang nak jadi pakar hadith, lagi seorang pakar feqh wanita, lagi seorang pakar perundangan islam,
Uishh, meremang bulu roma pabila berhadapan dengan mereka.
Aku pula, pakar apa ni ?.

Dalam perjalanan, ada seorang ukhti cool ni berkongsi denganku,
Um, pengakhiran yang baik itu bermula dari permulaan yang baik,
So,pasang dan betulkan niat kerana apa? kalau masih lagi ada kekotoran-kekotoran maksiat,
basuh dengan sabun istighfar.

Hadaf kita, agar Islam ini menjadi rujukan pada alam,
Jadi kita kena berusaha menjadi dan melahirkan rijal-rijal Badar,
Mana mungkin si Rijal Badar ini lembik, mudah mengalah dan masih lagi bermandi-manda dengan noda-noda Jahiliyyah.
Ishh, malulah dengan para sahabat.

Tersentap kot >.<

Adha, satu pengorbanan untuk kebahagian abadi ,
In sya Allah, Jom pasang niat sama-sama,
Eh, amal sekali ye,
Kita menderu bersama.

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.." -HAB-

* fatrah mendebarkan semakin menghampiri ( imtihan ), Rabbi yassir ya Rab.

-  Al-Alifat -


No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai