Sunday, July 19, 2009

Pejam Celik ~(-_-)@(^_^)

pejam celik..pejam celik..rupanye sudah 7 bulan aku di bumi sudan ini.Pada mula nyer sebelum aku sampai ke bumi ini fikiranku tidak henti -henti berfikir macammana lah sudan.pabila ku menanya adik ku:

alalifat:kakak(glrn adikku) nak tak pergi sudan.
kakak :nak lah..dapat naik kapal terbang..
alalifat:tu je kee
kakak :aah..pastu balik semula kat msia..

itulah jawapan adikku ,akan tetapi aku tidak berhenti berfikir..apelah yang akanku hadapi di sudan nanti..perasaan gembira pon ade(same jugak dgn adikku dapat naik kapal terbang^.^).first time naik mase dah besar nie.. takut pon ader...Aku akui aku ini seorang yg lemah sentiasa mengalah sebelum mencuba.

namun setibanya aku dibumi yang tandus dan miskin ini ia seperti mengubah diriku, mengubah diriku yang dulu ..hati ku mula berdengup kencang pabila kapal terbang emirates ingin mendarat.. yang ku lihat sudan dari awanan hanya coklat sahaja..maka hati kecilku berkata"ini ke sudan "aku terdiam tidak berkata.Aku melihat adik2ku mereka juga seperti ku terdiam sambil memerhatikan sekeliling.sesunnguhnya pengalaman itu sukar untuk diceritakan, akan tetapi perlu dirasai ^_^.

Keesokan hari nyer abah membawa kami ke sebuah suuk(pasar) yang berada di sudan.Sebenarnye abah sahaja membawa kami ke sini supaya kami lihat kehidupan di sudan ini..Aku yang masih terkejut semakin terkejut sehinnga tidak tahu lagi bagaimana ingin membuat riak wajah yang terkejut bercampur terkesima..Aku melihat kanak2 kecil berkeliaran meminta sedeqah..ader yang kaki hanya beralaskan selipar botol sahaja..susah nyer kehidupan mereka..

"ateh nanti abah antar ateh belajar bahasa arab dekat sudan tau",tiba2 abah berkata-kata sambil melihat ku..aku hanya senyum2 kambing tidak membantah dan tidak juga setuju..semalaman ku berfikir.."betul ke kat sudan".

akhirnyer,disebabkan senyum2 kambingku itu maka kiniku berada di jamiah sudan dan mempelajari bahasa arab..maka makin bertambah lah pengalaman ku ini..

Walaupun pada mula nyer aku takut jugak..tetapi ..sejak akhir2 ini senyuman manis di wajahku(adalah sunnguh perasan nenek nie) semakin terukir tidak seperti dahulu hanya membulatkan mata yang tidak berkelip(bayangkan).Aku mula memahami ..aku sedari akan teliti nyer tarbiyah dari ALLAH itu..DISEBALIK KESUSAHAN DISITULAH ADER KEKUATAN .Sungguh ku dapat rasakan rahmat dan rahim nyer ALLAH..setiap aper yang terdetik di kotak hati ku ia terjadi tanpa ku sedari,tapi selepas itu baru ku dapat rasekan.. begitu dekatnyer ALLAH dgn hamba2 nyer, aku bersyukur kerna ALLAH memandang hamba yang lemah seperti diriku ini.Sesuatu yang ajib berlaku dihadapanku waduh sungguh sukar untukku gambarkan dengan kata2..

Bumi sudan adalah bumi menguji..secara tidak langsung aku telah mengregisterkan diriku untuk diuji..sehari sebelum aku mula belajar kakak senior ader berpesan:

nak tau aper kakak senior tue pesan..ikut kisah selanjut nyer(x sakit hati kan..nie macam derama lah jugak kene tunggu episode akan datang,,udah capek diriku ini mau tidur..ok^_^)

p/s :aku dlm berusaha untuk tidak merapu walaupun diri ini gemar merapu.(^_~)

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai