Monday, March 8, 2010

pen dan manager





















Kenapa Allah tidak menunjukkan diri-Nya sendiri kepada kita?

Selain itu, jika Dia Maha Berkuasa, sudah pasti Dia boleh buat apa sahaja. Paling mudah Dia boleh angkat sebiji batu kemudian tunjukkan kepada kita.”


Tanya Kassiah.Saya mengambil sebatang pen, kemudian menyerahkannya kepada Kassiah. “Ambil ini, jawapannya ada di sini.

”“Er.. Jangan main-main.


”“Siapa kata nak main-main.”


Kassiah memusing-musingkan pen berwarna merah di tangannya.


“Cuba kau terangkan pada aku.” Suara Kassiah agak tegang.


“Jangan marah.”


Saya mengambil pen tadi kemudian senyum kepadanya.


“Persoalan kau ada dua jawapan yang boleh aku beri.

Pertama berkenaan dengan mengapa Allah tidak menunjukkan diri-Nya kepada kita. Sebelum kau sudah ada orang yang tanyakan hal ini. Malahan pertanyaan orang ini dijawab sendiri oleh Allah.” Kassiah memandang hairan.


Orang tersebut ialah Nabi Musa. Dalam surah al-A’araf ayat 143 Allah berfirman, “Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau." Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku." Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu[565], dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan.
Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.


”“Untuk lebih kau faham, aku bagi kau satu analogi.


Bayangkan aku yang cipta pen merah ini. Kemudian, bila pen ini sudah siap, bolehkah pen ini melihat aku?” Tanya saya.


“Memang takkan nampak.


”“Betul, sebab aku cipta pen itu tanpa deria yang boleh melihat aku sebagai penciptanya.


Begitu jugalah dengan Allah, Dia menciptakan kita tanpa deria yang membolehkan kita melihat-Nya.


Allah boleh melihat kita, tetapi kita dan sekelian ciptaan-Nya tidak akan dapat melihat-Nya.” Kassiah mengangguk-angguk tanda setuju.


“Untuk persoalan kedua pula?” Tanya Kassiah


Untuk persoalan kedua, aku suka bagi analogi “Manager dan Cleaner”.


Bayangkanlah kau seorangManager di sebuah syarikat. Semasa kau masuk ke bilik air syarikat, punyalah terkejut, bilik air sangat kotor. Dalam masa yang sama ada seorang cleaner sedang melepak. Adakah kau akan membersihkan tandas itu atau cleaner tersebut?


”“Mestilah aku akan suruh cleaner tersebut.


”“kenapa pula?” Saya provokasi.


“Sebab takkanlah aku pula yang kena basuh bilik air itu, sedangkan cleaner ada.”“Tapi kau mampu buat kan?


”“Memanglah mampu, tapi itu bukan kerja aku dan tak layaklah aku sebagai manager kena buat kerja cleaner.


”“Ha.. Macam itulah Allah.


Dia mampu untuk melakukan segalanya tanpa ada sebarang halangan. Tetapi untuk mengangkat batu dan menunjukkan kepada para hamba-Nya bukanlah sesuatu yang layak dan patut untuk Allah lakukan. Kerana dia Maha Agung, dan Maha Berkuasa.


”Terang saya pada Kassiah.


Bagi saya modal analogi yang kena dengan logik, lagi memudahkan seseorang itu memahami dan menerima sesuatu jawapan.Memahami konsep ketuhanan dan kekuasaan-Nya bukanlah sesuatu yang sukar dan memeningkan. Keimanan kepada Islam bukanlah sebuah keyakinan yang membabi buta tanpa jawapan yang releven dan logik. Islam sentiasa menyediakan setiap persoalan yang bermain di kepada manusia. Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya.


“Katakanlah: "Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan.”(Surah an-Naml 27:93)



Rujukan:
http://www.yussamir.com/

dari ^____^

1 comment:

  1. owh... 2 post dalam 1 hari... sangt aktif... :-)
    dan 1 perkongsian yg menarik... :-) muhasbah diri semula...

    ReplyDelete

suaramu amat ku hargai