Wednesday, March 10, 2010

Syeikhul Azhar Prof Dr. Sayyid Tantawi Dalam Kenangan


Syeikhul Azhar Prof Dr. Sayyid Tantawi Dalam Kenangan 28 Oktober 1928-10 Mac 2010

(ikhlaskan hatiku)
Assalamualaikum..

Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.

Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang al Malik Khaled Antarabangsa, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Makluman lebih lanjut sila lihat disini.

Dunia islam telah digemparkan dengan berita kematian seorang tokoh ulama' yang sungguh berjasa pada agama ALLAH .Bisakah kita temui tokoh islam yang sepertinya lagi..Terkejut aku pabila mendengar berita ini daripada sahabatku..lantas terlintas di fikiran..akan sebuah hadith riwayat Al-bukhari..

(matannya akak ku edit kemudian dalam proses mencari,^_^ )
Maksudnya:
Daripada Abdullah Bin Amru Bin Al-'as رضي الله عنهما katanya:
Beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:'Sesungguhnya ALLAH tidak akan menghilangkan ilmu pengetahuan daripada hamba begitu sahaja ,tetapi ALLAH akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama' sehingga tiada lagi seorang 'alim , orang ramai akan melantik ketua yang jahil , maka apabila ditanya , mereka berfatwa tidak berdasarkan ilmu perngetahuan , maka mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain.

Kehilangan ilmu itu bukanlah dengan cara ALLAH menghilangkan ilmu daripada dada manusia tetapi, melalui kematian ulama'. Maka oleh kerana ketiadaan ulama' mereka akan melantik pemimpin dari kalangan orang yang jahil.Pemimpin yang jahil akan memberi atau mengeluarkan fatwa tidak berasaskan ilmu meneyebabkan diri dan oorang lain menjadi sesat.

Selepas membaca hadith ini timbul rase gerun dan takut dalam benak hatiku apa yang akan terjadi pada dunia nanti kelak..Bagaiman pemerintahan dunia pada masa itu nanti?..Apakah yang akan terjadi?..soalan yang belum ku temui jawapan nya.

Kesannya sedikit sebanyak telah dapat kita lihat di negara kita sendiri ,Malaysia..
Apakah hadaf pembangunan kerajaan kita sekarang..Adakah kerana pangkat , harta, dan wanita atau syiar islam?.
Adakah pemerintahan di negara kita dipimpin oleh seorang yang 'alim?
Bagaimanakah pergerakan ummah islam di negara kita?

Soalan yang telah aku jumpa jawapannya,akan tetapi apa yang harus aku lakukan?.
Adakah dengan hanya mendiamkan diri?.
Atau kita bersama-sama maju kehadapan menegakkan kebenaran.

Semoga ALLAH memelihara kita dan memberi kekuatan dan keteguhan hati.
AMINN..

Kepupusan ilmu berlakunya dengan,
Kematian ulama' dan cendikiawan islam,
Tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki,
Orang islam kurang minat mempelajari ilmu pengetahuan,
Menjual ayat ALLAH untuk kepentingan duniawi semata-mata.

MAKA,

Kesan ketiadaan ulama' akan meyebabkan,
Masyarakat akan hidup dalam kejahilan ilmu,
Lahir pemimpin yang jahil2 ilmu agama,
Keluarnya fatwa-fatwa yang mengelirukan,
Wujudnya pelbagai ajaran sesat,
Kemungkaran berlaku tanpa batasan.

YA ALLAH bantu lah kami..jauhkan lah kami dari kejahilan, kefasadan dan kemungkaran yang berlaku diatas muka bumi ini..AMINN YA ROB.

Moga-moga Syaikhuna ditempatkan bersama para Anbiya’, Auliya’, Syuhada’ dan Solihin di sisi Allah taala kelak.
Al-Fatihah buat Syaikhuna al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah.
sumber rujukan,
Spm fokus U Al-quran dan As-sunnah
web ini.(^_^)

"Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan"
Maassalama,
AL-ALIFAT.







No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai