Saturday, December 15, 2012

Berlari menggapai CITA



Mengembara Dirantau Orang,
Menyeduk pengalaman dan juga pandangan,
Terasa berkobar untuk kembali menyeberang,
Suatu hari ia kanku tawan.

Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur kepada ALLAH Rabbula'lamin, kerana masih memberi kesuburan pada hati ini untuk sentiasa mengingati, dan berharap kepadaMU, Kadang-kadang terjatuh juga, kena bangun kembali.

Semalam Call ummi, belum sempat sampaikan rasa hati ini, ummi dah berikan jawapan dan semangat, " Ateh kuat Ateh lagi Sikit lagi, in sya ALLAH, "Seorang" itu bukan bermaksud tidak kuat, KUAT! " Tiba-tiba lahir dari mulut ummi Go2 Chaiyok!, aikk pelik juga bila ummi tengok cerita Korea nie. Selagi kaki ini masih bisa berdiri dan berlari , tubuh ini masih boleh memberi jasa, aku kan terus berlari.

Plannya aku ingin Sambung Master dalam bidang Usul Feqh, Demi DnT juga, kerana sekarang ini agak kurang wanita yang pakar dalam bidang Feqh, Kesian juga pada Ustazah Maznah setiap kali berjumpa dengan beliau kami sering ditanya " Siapakah yang akan menggantikan saya" Bermula pada Kali pertama aku mendengarnya sehingga kini, In sya ALLAH aku berazam,akukan berusaha untuk itu.:)


Buat masa sekarang, inilah perancangan yang telah kususun, Individu muslim itu  semestilah mempunyai perancangan yang tersusun  " kita menyusun ,ALLAH menentukan" dan aku yakin ALLAH pasti akan menyusun yang terbaik untukku.

okey back to the point, sebenarnya aku teringat Pada Bumi Subur itu , Turkey, aku teringin sangat  dapat kembali menjejakkan kaki di bumi itu, tapi kali ini aku ingin berjalan , mentadabburi dan mentafsir, bukan seperti Tahun 1dahulu, aku hanya berjalan ,dan mengambil gambar sahaja, walaupun adalah juga faham n kaji sikit-sikit. Aku ingin menyingkap sejarah Mujaddid Islam di turkey Said Badiuzzaman An-Nursi, Dan menyelosori tanah-tanah dan bumi tarbiyah disana, bersama hidup dan merasai adat dan cara mereka , tambahan ada kisahku disana. 

Kagum dengan Anak muda itu, dari kecil di didik dengan rapi, disematkan nilai-nilai islam, sehingga bisa menakluki kota Besi itu , Kostantinopal.

Selagi ada harapan kita berharap dan Usaha, JIka ALLAH izinkan, in sya ALLAH dapatlah diri ini menjejakkan kaki kesana.

________________________________________

DnT, Sedang berusaha membina QS dibumi AMMAN ini, 
Pahat dalam hati tidak sama As-sabiqun Al-awwalun, dengan mereka yang sudah FREE2  merasai nikmat tarbiyah itu, Ganjaran nya juga berbeza kerna cabarannya juga berbeza, luruskan niat dan berusaha ikhlaskan kan hati, tentera ALLAH pasti akan membantu. yakin Akulah Ansarullah itu..TAKBIR!!!


~Ya Muqallibal Qulub Thabit Qulubana a'la dinik wa'la Toa'tiq~

Ummu Fateh
3.35 p.m

3 comments:

  1. my naqibah which is rakan rapat ust maznah pun duk ulang-ulang ayat

    "siapa nak ganti ana lepas ni?"
    sobs.sobs.

    kuat! kuat!

    ReplyDelete

suaramu amat ku hargai