
Wednesday, February 3, 2010
kisah kehidupan orang yang wara..^_^
Seorang syeikh yang ternama berkata bahawa pada satu malam dia tidur dengan nyenyaknya dan tidak bangun untuk mengerjakan solat Tahajjud .Dilihatnya dalam mimpinya seorang wanita yang tidak pernah dilihatnya kecantikannya sebegitu rupa .Dia menyerah kepadanya sehelai kertas yang tertulis di atasnya tiga rangkap pantun yang makna nya:
Kamu begitu sekali nyenyaknya lena hingga kamu tidak peduli lagi akan lapisan-lapisan syurga yang lebih tinggi dimana kamu akan berdiam buat selama-lamanya tanpa mati."Bangunlah! Adalah lebih baik membaca AL-Quran dalam solat Tahajjud daripada tidur ."
Semenjak itu bila dirasanya mengantuk Rangkap-rangkap itu terbayang difikirannya dan rasa mengantuk itu pun lenyap...
semoga saya dan sahabat2 sekalian mendapat manfaat dari kisah ini..
(dalam menuju redhi illahi)
di petik dari kisah-kisah sahabat.
al-alifat..^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
suaramu amat ku hargai
Note: Only a member of this blog may post a comment.