Sunday, October 3, 2010

Kasih sayang penciptaku



Assalamualaikum..

semakin bertambah hari semakin lama aku meninggalkan penulisan blog ini..semakin kelu ideaku untuk menulis..ermm apa tidaknya..internet x pasang lagi..huhu atau aku sahaja menyibukkan diri..kadang2 pening jugak kepala nie nak berurusan dengan insan bernama arab..dulu aku hanya bergantung kepada orang lain tapi sekarang orang pula bergantung dengan aku..meminta bantuan...bahasa arabku tidaklah selancar mana..tapi buat masa sekarang ok laa..in syaa ALLAH kalau boleh ku tolong akan ditolong ..

Sekarang sudah masuk tahun kedua aku di jordan..bermacam-macam suka duka aku lalui..bermacam-macam ujian dan rintangan aku lalui..ku lalui semua itu dengan berbekalkan sekeping hati dan selautan nasihat..sungguh cepat masa berlalu pergi meninggalkan diriku..daripada sudan aku berhijrah ke jordan, daripada sebuah negara yang miskin ke sebuah negara yang maju..

Alhamdulillah 'ala kulli hal ..aku mampu mengharunginya..

Dan hari ini aku sungguh-sungguh bersyukur kerana impian aku untuk mendapat yuran A'di telah pon tercapai...hehe..YA allah bukan senang daripada bulan ke bulan aku cuba untuk menyelesaikan berkilo2 meter aku harus berkejar ke qabul tasjil dan alhamdulillah berjaya juga..
atas bantuan rakan2..

TAdi seusai aku menghabiskan kelas..aku terus berlari ke qabul tasjil untuk menyelesaikan masalahku ini..tidak berhenti2 aku berdoa agar semua berjalan lancar..aku estimate 45 minit je..untuk berurusan sebab nanti ada kelas lain pulak..sampai sahaja di pejabat aku terdengar suara org bergaduh...Aduhh..takut2 mood pegawai arab nie in trouble..Aku pon start lah berdoa apa yang patut agar hati die lembut..berharap sangat2 hari ini semua urusan selesai..

Aku pon mengetuk pintu..tiba-tiba die pon memandang ku dengan senyuman yang sangat2 lebar...aikk pelik jugak aku..tadi baru lepas gaduh..die pon terus bertanya ..Awak maliziakan ...aku pon terangkan lah masalahku..die tersenyum dan terus menyelesaikan semuanya ...dan Akhirnya ALhamdulillah..syukur YA Allah..

Aku berharap aku dapat menumpukan pengajianku dengan bersungguh2 ..tidak lagi memikirkan masalah2 lain..

syukran YA Allah atas rahmat dan rahim-Mu..tanpa kasih sayang-Mu ya ALLAh mungkinku masih berlari2 lagi ke qabul tasjil..

Al-alifat..

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai