Sunday, April 7, 2013

TansurullAllaha yansurkum



Umaira sedang duduk bersendirian mengamati tenangnya biru langit,

“ uhh cepat masa berlalu, pejam celik – pejam celik sudah hampir 4 tahun aku berjuang di Bumi Barakah Syam ini, teringat mula-mula aku menjejakkan kaki di Jamiah ini, berseorangan aku kehulu hilir mencari dimanalah dewan kuliahku, sudahlah tidak  fasih berbahasa arab aishh..umaira..umaira nasib baik ada Batul klo tidak ke planet plutolah kau sampai nanti. Alhamdulillah ,  sekarang semua selok – belok bangunan syariah engkau sudah ketahui. (monolog hati)

Semoga ALLAH berkati !

Umaira!…umaira!, (Batul kawan rapat umaira , dia berwarganegara palestin)

Umaira , maza taf3lin ?
Kuntu ufakkir an ahwalul madhi,
Umaira, ana uhibbuki, jiddan-jiddan, akbar min hazihi dunia,  hubbi li3anna ALLAH, ya tara 3indama enti tarji3 ila Malazia , ana saabqi kullu yaum.. huhu..huhu
Ya Batul, la tahzan, Allah yajzikil Khair.

Tanpa disangka, menitis permata kaca ini, Semoga ALLAH Berkati !

(di dalam bahasa melayu)
Umaira dengarlah kata-kataku ini,
Bila awak balik Malaysia nanti awak tetap hamba ALLAH sama seperti awak menjadi hambanya di Bumi Syam ini, sejujurnya jauh dari lubuk hati ini, saya sungguh gembira  melihat diri awak  sekarang .

Eh kenapa , ada beza ke Batul?

Tak lah, bukan ke dulu kita sama-sama berjanji dan berazam ingin menjadi Da3iah Lillah , Khalifatullah dan 3ibadullah.

Aah, Alhamdulillah , syukran Batul awak banyak membantu saya waktu susah dan senang, bersyukur sangat Allah mempertemukan kita , Semoga kita dapat bertemu kembali di Syurga nanti ( sambil terukir senyuman)

Aiwah, Jom JUmpa  Ayahanda Dr. Sharaf Qudoh, kita sharing maring yee.

Masyi, Yallah!

****************

(Umaira sedang menulis)

 “ Sahabat,Syukran aku ungkapkan kerana membawa aku mengenali Erti menjadi seorang Daie “

Daie ohh daie islam, mari kita duduk bersama sejenak, kita beriman kembali memuhasabah diri , menambah ilmu dan himmahnya. Apalah erti kita menjadi Singa di jalan ini sedangkan hati kita dipenuhi dengan debu-debu kealpaan tanpa kita sedari, ayuh! Kita sucikan kembali.

Syair ana murid Abu ‘Abdullah :

Ketika Tuhan berkata                             Takkah kau malu bermaksiat kepadaku?
Kau sembunyikan dosa dari makhlukku    Tapi dengan penuh noda kau menghadapku?

Daie, tahukan ummat ini sudah tenat, siapa lagi yang akan menyelamatkan Agama Al-Haq ini , jika bukan insan bernama Daie, Aiwah kita mesti bersedia…ya kita mesti,

Sediakan hati yang Suci dan ikhlas kepda-Nya
Akal yang tajam
Jasadi yang qawiy

Oleh itu utama sekali,

“Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama islam”


Jika kita tidak memilih kanan,  maka kita akan memilih kiri, jika kita tidak penuhi masa kita dengan kebaikan, maka kejahatan akan menggantikannya.

“ kalau sekiranya  al-haq mengikut  al-hawa mereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalam keduanya” ( Al-mukminun:71)

Daie, nampakkan betapa bahayanya al-hawa ini, tiada jalan tengah untuk kita memilih. Ia samada Jalan ALLAH atau jalan musuh-Nya.

Bagaimana kita nak merawat ummat ini sedangkan kita juga masih bermandi dengan noda-noda jahiliyyah, walaupun ia susah dan payah , paling tidak pon kita berusaha untuk “tajarrud”.

Agar nanti , tidaklah kita tergolong antara mereka yang “Taqulu ma la taf3alun”.

Wahai Daie, perjalanan yang kita pilih ini bukanlah jalan mudah yang ditaburi dengan bunga mawar putih atau carpet merah nan tersergam indah, ini adalah sebuah jalan perjuangan yang yang memerlukan pengorbanan , pengorbanan  jiwa , harta dan dunia demi Keredhaan-Nya.

Maka, jika dengan bekalan minyak petrol, kereta akan bergerak memecut laju,
Daie pula dengan bekalan iman dan taqwa ia akan terus kukuh dan thabat diatas jalan ini.

Dengan bekalan iman dan taqwa, ia akan memastikan Daie itu, terus bersemangat menegakkakn kalimah al-haq dimuka bumi ini, tambahan ia akan mengelakkan daie itu dari terbabas memasuki selekoh jahiliyyah yang gelap dan menjadikan daie manusia yang kebal menghadapi mehnah dan tribulasi yang bertubi-tubi.

Daie, ingat tak kembali, sewaktu kita mula mengenali Dakwah dan tarbiyah ini, waktu itu kita merasakan kitalah insan yang paling rugi di dunia ini, kita bazirkan belasan umur kita tanpa menyedari  tugas kita dimuka bumi, sejak dari itu kita berusaha untuk berubah dan berubah , sedikit demi sedikit kita mula memahami erti “seorang da3iah Lillah” hammasah kita mengunung tinggi, bergerak laju merentasi bumi.

Akan tetapi, Daie, waktu semakin berlalu, kita terus berkerja dan berkerja sampai detik kita terlupa niat asal kita ,  maka “Futur” datang menghampiri mencairkan hammasah dan iman dihati, syaitan pula mula datang menghasuti.

Maka! apakah yang harus kita lakukan, adakah terus membiarkan ia mencair hingga kita tega “ hantar surat perletakan jawatan” aku tidak mampu lagi menjadi seorang Daie.

Tidak...Tidak

"Umaira,  dengar yee “ wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Muhammad:7)

"Apakah yang ingin awak sedihkan bukankan Allah akan sentiasa bersama kita, sudahlah pergi ambil wudhu’ dan tenagkan dirimu, pintalah kekuatan pada Allah" , Batul

Pada waktu itu , Sahabat sepeti Batul lah yang akan menjadi penawarnya, carilah mereka dan jangan mempersiakan sahabat seperjuangan kita.

Merekalah yang akan memberi ubat pada penyakit ini, penawar menambahkan bekalan iman dan taqwa agar kita terus sama-sama berpimpinan tangan membina tangga-tangga  hingga Islam menjadi Ustaz kepada Alam ini.

SYUKRAN SAHABAT! Kerna sentiasa bersama dengan ku , membawa aku mengenali dunia sebenarku, mempimpin aku mencapai REDHO Tuhanku.

Syukran Batul, Dikau sahabatku dunia akhirat, semoga kita bertemu kembali, jika tidak didunia, In Sya ALLAH di Syurga nanti, Ameeen.

Yang benar,
Umaira
Da3iah Lillah

-Al-alifat-

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai