Sunday, April 28, 2013

Bukan sayang "plastik"



Ummi , Abah, Along, Angah, Alang, Bicik, Uda, Bcu , Kakak...

'Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.' (64:11)

Abah, baik-baik ye disana,
Teringat sehari sebelum abah kemalangan daku menghantar pesanan ringkas SMS


Diriku: Assalamualaikum, Ummi abah, doakan ateh , hari ni ateh dah mula imtihan, doakan ateh dapat jawab dengan tepat dan berjaya

Abah membalas :   Waalaikumussalam Abah dan Ummi doakan agar dimudahkan Insya ALLAH ( pukul 9 pagi), SMS kedua, Ameeen
SMS ketiga,  Mudah-mudahan ALLAH permudahkan ( pukul 12 tengah hari)

Pelik juga sampai tiga mesej abah hantar, itu tandanya abah sangat-sangat mengambil berat dan care pada anaknya. Terima kasih ABAH


Abah lah ayah yang terbaik, tiada siapa boleh menggantikan ABAH.

----------------------------------------

Abah, sedar sahaja dari kemalangan abah bagitahu ummi.

Abah: Jangan bagitahu anak-anak, abang kemalangan, nanti mereka risau. Anak-anak tengah Imtihan ni.

Abah jangan risau, abah kuatkan semangat, Kekuatan Abah adalah kekuatan KAMI semua, 

Jangan kata dirimu beriman sebelum datang kepadamu Ujian, ini mungkin ujian bagi kami anak-anakmu, setakat mana kebergantungan dan tawakal kami kepada ALLAH.

-----------------------------------------

Abah, saat ateh mendapat berita abah kemalangan , terus terfikir dibenak pemikiran dan hati, sebanyak mana ateh sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada ummi dan abah. 

Birru walidain

Banyak ALLAH sebut di dalam AL-Quran antaranya , Surah Luqman,




“ Dan Kami perintahkan kepada manusia ( berbuat baik ) kepada dua orang ibu bapa; Ibu yang telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu…”
( Surah Luqman: 14 )


Birru walidain lebih tepat maksudnya, berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita, dari  segala aspek, termasuk agama perkara yang paling besar  hingga perkara  yang paling kecil sekali. ( paling penting doa seorang anak yang soleh)

Tapi sekarang ini kita banyak  Hubbu walidain tanpa dibuktikan dengan Birruwalidain
Kita kata kita sayang mereka sangat-sangat, akan tetapi berbakti pada mereka tidak pula.

Sayang itu mestilah di lahirkan dari perbuatan bukan kata-kata sahaja.

Astagfirullahal A'zim,

Marilah-marilah....
kita jaga mereka, jaga hati mereka, ajari islam pada mereka, call mereka, hormat pada mereka, menjaga tingkah laku kita, melayani mereka dengan baik, kita buat kebaikan agar mereka juga mendapat saham dari seorang anak yang Soleh dan Solehah dan berbagai-bagai lagi cara untuk kita berbakti pada mereka , bukan sahaja sayang.

Bukan sayang Plastik.

----------------------------------------

Syukran kepada sahabat seperjuangan, banyak sokongan moral dan kata-kata semangat antunna lontarkan pada diri ini dan doakan untuk abah.

Sahabat seperjuangan , adalah sahabat yang mengingatkan kita tentang ALLAH, pada saat kita Lemah, Syukran sahabat. 

Teringat, pagi sebelum mendapat berita abah, aku dan sahabatku bercurhat,

"Daie dan futur perkara biasa, kerna iman kita yazid wa yanqus akan tetapi Murobbi yang meninggalkan Mutarobbinya kerana Futur bukan perkara yang biasa."

Check balik hati dan keikhlasan kita dijalan ini.

AstagfirullahalA'zim wa nauzubillahiminzalik

-------------------------------------------

Senyum :)
Tenanglah menghadapi Musibah itu tanda orang yang beriman
Habiyallhiwanikmal wakil.
-Al-alifat-

2 comments:

  1. "Tidak ada sesuatu musibah yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

    Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri".

    (Al Hadid : 22-23)

    allah yusahhil lakum, ameen~

    ReplyDelete
  2. Syukran Anonymous mendoakan...

    Yakin dengan ketetapan dan susunan ALLAH, perancangan ALLAh yang terbaik. :)

    ReplyDelete

suaramu amat ku hargai