Friday, October 30, 2009

Zainab al-Ghazali al-Zubaili seksaan dihadapi bersama keimanan kepada ALLAH


Zainab al Ghazali al Zubaili



Assalamualaikum..bersyukur kita pada illahi kerna kita masih dapat bernafas dan bergerak di atas muka bumi ini..sesungguhnye dunia ini hanya sementara sahaja...k..

kat urdun nie..musim sejuk dah tiba..banyaklah persediaan dah wat nak hadapi kesejukan kt sini..tuhan je yang tahu betapa sejuk nyer...klo nak amik whuduk tue termenung jup pandang paip tue..kejap2 pon ader laa dlm 15 minit..pastu terus pakai sweater n stokin..ya ALLAH menggeletarnyer nak tahan sejuk tue..x tahu lah nak cakap cmner....

TENGOK..sejuk yang macam nie pon kite x dapat tahan..tapi cuba lita lihat ..kita bayangkan akan seorang tokoh ini..Beliau adalah seorang wanita tetapi mempunyai jiwa dan hati sorang mujahid yang ingin menegakkan agama islam..disebabkan kekuatan inilah beliau sanggup menahan,menerima apa sahaja rintangan..BAYANGKAN beliau direndam kedalam AIR SEJUK dan pada ketika itu adalh musim sejuk...masyaALLAH kita pon nak pegang AIR mase musim sejuk pon dah x tahan ..masakan beliau pulak direndan kedalam AIR sejuk..Lihatlah pabila hati seseorang itu sudah cinta pada penciptanya dia akan sanggup melakukan apa sahaja kerna mereka tahu ALLAH akan sentiasa bersama mereka dan ganjaran ALLAH sedang menanti Al-jannah (kerna seksaan yang beliau hadapi ini menyebabkan dari umur 44 tahun ..org ingat 90 tahun..betapa hebatnyer seksaan yang beliau hadapi)

baca dan hayatilah kisah hidup beliau..semasa hayat nyer dikandung badan..

Zainab al-Ghazali al Zubaili merupakan seorang suri teladan wanita yang begitu tabah dan kental dalam menjalani rintangan dan cabaran di medan dakwah. Beliau dilahirkan pada tahun 1917. Mula ditahan pada tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan, mereka menyangka umurnya lebih dari 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun. Ini menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.

Zainab al-Ghazali mengasaskan penubuhan “Jemaah Saidatina Muslimah”. Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.

Meskipun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jemaah itu, namum beliau telah berbai’ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.


Tujuan jemaah ini ditubuhkan ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, supaya wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikuti contoh wanita salafus soleh.

Semasa beliau memimpin Jemaah Saidatina Muslimah, beliau telah dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir, mereka telah dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah s.a.w

Di antara mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan Zainab al-Gahazali ialah dua saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb, ; Halidah Hassan al- Hudaibi, al-Hayah Sulaiman al-Zubair, Fatiraah al-Fath, Aminah al-Jauhati. al-Waliyah al-Hudaibi dan al-Afdah. Beliau sifatkan sebahagian dari mereka sebagai sebahagian anak-anaknya, sebahagian dari mereka sebagai adik-adiknya, sebahagian dari mereka sebagai kakak-kakaknya, dan sebahagian dari mereka sebagai ibu-ibunya. Kerana di antara mereka ada yang berumur 85 tahun.

Ummu Ahmad salah seorang darinya, dia telah ditangkap oleh rejim Jamal Nasser ketika dia berusia 85 tahun, ketika Zainab mendengar berita itu, beliau memperkatakan bahawa ini adalah pertanda baik bagi Islam. Musuh-musuh Islam telah gentar kepada wanita Islam yang telah tua lagi uzur. Ini menunjukkan hasrat dan minat terhadap Islam terlalu tinggi. Musuh-musuh Islam telah gentar, mereka tidak dapat membezakan antara yang bertenaga dan tidak bertenaga, antara wanita dan lelaki, antara tua dan muda, semuanya sama sebagai musuh mereka.

Suami Zainab seorang yang dihormati, seorang alim lagi tinggi ilmunya dan sangat kuat memberi dorongan kepada isterinya untuk meneruskan dakwah di tengah-tengah masyarakat manusia di Mesir. Zainab al-Ghazali menceritakan ketika penyeksaan yang dihadapinya di penjara sampai kemuncaknya, mereka telah mengunakan pelbagai cara untuk melemahkan jiwa dan rohnya menyebabkan beliau terpaksa dibawa ke hospital.

Regim Jamal Abdel Nasser memaksa suaminya menceraikannya dan membawa surat cerai itu ke dalam bilik kurungan di hospital, di mana Zainab sedang dirawat. Ketika saudara-saudaranya melawatinya mereka menceritakan kepadanya bahawa suaminya dipaksa menceraikan Zainab al-Ghazali,tetapi beliau bersumpah “sekali-kali tidak aku menceraikan isteriku”. Demikianlah keteguhan, kesetiaan dan pengorbanan suaminya, sehingga ia kembali menemui Tuhannya ketika Zainab al-Ghazali masih dalam tahanan.

Kisah tahanan Zainab al-Ghazali adalah sangat mengkagumkan, kerana seorang wanita telah dapat menanggung penyeksaan yang lebih berat dari penyeksaan ke atas seorang lelaki. Beliau menyebutkan sebelum ia ditahan, Jamal Nasser mengarahkan Jemaah Saidatina Muslimah dibubarkan dengan menghantar notis melalui mahkamah, dan akan menarik notis pembubaran itu dengan syarat Zainab al-Ghazali mestilah berkerjasama dengan Parti Isytirokiyah. Zainab al-Ghazali menolak, kemudian ia ditawarkan menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau menjawab: “Dalam perjuangan aku tidak bercadang untuk menjadi menteri, aku hanya mahu berdakwah” Jamal Nasser telah putus asa memujuk Zainab al-Ghazali untuk masuk ke Parti Isytirokiyah, Jamal Abdel Nasser mengeluarkan perintah untuk menangkap Zainab al-Ghazali

Sewaktu beliau dibawa keluar dari rumahnya satu pembunuhan telah dirancangkan. Sebuah kereta merempuh kereta yang membawa Zainab al-Ghazali. Setelah rancangan awal ini gagal, akhirnya Zainab sekali lagi ditahan, setelah dibebaskan pada tahun 1964.

Zainab Al-Ghazali terus dibawa ke penjara dengan sebuah kereta, dalam perjalanan itu beliau telah dimaki hamun dengan teruk, tidak dapat diterima oleh akal. Setelah sampai ke penjara beliau diseret ke bilik kurungan dengan kata-kata yang kesat, yang tidak wajar dihadapkan kepada binatang, apatah lagi kepada manusia. Mereka mengugut untuk membunuhnya seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh anggota Ikhwan Muslimin, mereka mengugut untuk menanamnya hidup-hidup seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh orang yang sealiran dengan Zainab al-Ghazali. Dengan kata-kata yang kasar, ia diheret ke bilik kurungan oleh seorang lelaki yang bertubuh besar seperti syaitan hitam. Zainab al-Ghazali mengesahkan “Saya berdoa dalam hati saya. Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai”.

Itulah yang dapat saya katakan. Kemudian saya terus dimasukkan ke dalam bilik kurungan. Dalam bilik kurungan itu ada dua orang lelaki (syaitan) yang sedang duduk di atas meja membelik-belik buku catatan, yang saya tahu itu adalah buku catatan Syahid Abdul Fatah Ismail. Tahulah saya bahawa Abdul Fatah juga ditangkap ketika itu.

Di waktu itu saya mendengar azan ‘Asar saya bersyukur kerana Allah SWT telah menyelamatkan saya dari “keganasan syaitan”. Saya dapat menunaikan sembahyang, dan tiba-tiba datang lagi syaitan durjana, dengan sikap yang kasar dan keras memerintahkan saya ke sel kurungan. Saya diheret ke sel kurungan dan penyeksaan pun bermula. Semasa saya diheret ke sel kurungan, saya melihat dalam sel penjara itu ada tubuh-tubuh manusia yang diseksa, tahulah saya bahawa mereka dari keluarga Ikhwan Muslimin. Mereka sedang diseksa dan dipukul. Mereka adalah pemuda-pemuda yang saya sifatkan sebagai anak-anak saya, pemuda yang pernah dan sering datang meminta pengajaran dan nasihat dari saya. Saya berdoa “Ya Allah tetapkanlah pendirian kami, Ya Allah peliharalah kami daripada kejahatan orang-orang yang jahat.”

Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa eletrik dinyalakan dengan kuat. Bilik itu dipenuhi anjing-anjing, anjing-anjing yang saya tidak tahu herapa banyak bilangannya. Anjing-anjing itu dilepaskan kepada saya, saya memejamkan mata dan meletakkan dua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganas lagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Saya merasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit oleh anjing itu. Saya membuka mata dan kemudian memejamkan mata saya, kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada Allah s.w.t dalam hati saya dan anjing-anjing itu terus menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan dan memanjat-manjat seluruh tubuh saya — itulah yang saya rasai. Saya berdoa “Ya Allah!!! tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati ini dari yang lain Ya Allah, agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!”

Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar. Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah… itulah yang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apa-apa kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa Allah s.w.t bersama-sama dengan saya…Maha suci Engkau wahai Tuhan ku.”

Beliau mengeluh dan merasai nikmat kurniaan Allah yang tinggi serta kemurahan Allah Ss.w.t kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya.

Zainab al Ghazali menceritakan : “Syaitan yang memegang tangan saya bertanya kepada saya: Bagaimana anjing-anjing itu tidak merobak rabikkan daging engkau.. Bagaimana anjing itu tidak menggigit engkau!!! Ada dua orang syaitan ketika itu, masing-masing memegang belantan di tangan mereka.

Waktu itu hari hampir isyak kerana bayang-bayang dari luar kelihatan kemerah-merahan. Saya dibiarkan bersama anjing-anjing itu selama tiga jam. Inilah satu bentuk penyeksaan yang saya rasai. Saya berserah bulat kepada Allahs.w.t kerana Dia lebih berkuasa dari segala-galanya. Kemudian peningkatan penyeksaan pun diteruskan. Satu ketika saya direndam di dalam air sejuk, pada hal ketika itu musim sejuk.

Beliau menyatakan, satu ketika melihat surat arahan tulisan tangan Jamal Abdel Nasser, kepada pegawai penjara yang memerintahkan supaya Zainab al-Ghazali diseksa lebih dari seksaan terhadap lelaki.

Demikianlah! segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermula dengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk dan macam-macam lagi penyeksaan. Dengan segala sepak terajang dan pukulan-pukulan cota menyebabkan Zainab al-Ghazali terpaksa dirawat di hospital beberapa kali.

Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untuk memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata “Duhai Makcik ku (Ya Khali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus saya memukul mu, Ya Khali”. Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintai perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab al-Ghazali, pemuda itu ditembak mati.

Pegawai penyeksa-penyeksa di penjara terkejut kehairanan bagaimanakah penyeksaan yang amat berat itu sanggup ditanggung oleh seorang wanita. Iman seorang wanita yang kebal dan kental, lebih kuat dari bubur Muhathah. Mereka amat takjub dan mereka mengatakan, ini adalah suatu perkara yang luar biasa. Salah seorang dari mereka datang berjumpa dengan Zainab al-Ghazali. Ia bertaubat dan meminta Zainab untuk mengajarnya Islam dan bagaimanakah hendak mendirikan Solat. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja dilatih keganasan fizikalnya, malah dilatih dengan fahaman mereka.

Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab al- Ghazali: “Kamu sering berkata tentang neraka jahanam. Sekarang kamu berada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dari Nasser atau engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. Ketika Zainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata: Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akan tangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu. Inilah kekufuran yang berlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakan Islam.

Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau dipenjara seumur hidup. Beliau dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb, bersama dengan seorang wanita yang sarat mengandung.Pada hari-hari awal di dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang disapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis.

Zainab al-Ghazali dipenjara di sebuah kem tahanan tentera yang terletak di pinggir kota Kaherah. Beliau melihat wanita-wanita yang telah rosak akhlaknya, mereka rosak kerana dadah dan arak, mereka telah kehilangan kehormatan mereka, akibat dari proses pembaratan yang dilakukan oleh rejim sosialis. Zainab al-Ghazali dan saudara-saudaranya itu diberi layanan yang buruk, berbeza sama sekali dengan layanan yang diberikan kepada wanita-wanita Yahudi yang ditangkap kerana kegiatan mereka sebagai pengintip.

Sehingga beberapa lama beliau ditahan, di satu pagi sekitar tahun 1973, beliau dipanggil dan ditunjukkan surat pembebasan. Betapa berat kakinya untuk meninggalkan saudaranya Hamidah Qutb, tapi apakan daya semuanya diserahkan kepada Allah s.w.t, kerana Allah s.w.t lebih berkuasa dari segala-segalanya. Tidak lama kemudian Hamidah pun dibebaskan. u perkara yang benar.Menurutnya, satu perkara yang menguatkan beliau untuk menanggung segala penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benar dan jalan yang ditempuhinya adalah benar. Rasulullah s.a.w bersabda “Syaitan diharamkan menyerupai ku”. Oleh itu ia bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w adalah sat

Beliau telah menulis sebuah buku yang menceritakan tentang segala pengalaman selama berada dalam tahanan tersebut yang bertajuk : 'Hari-Hari dalam Hidupku'. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2005.

Demikianlah kisah jerih perih perjuangan Zainab al-Ghazali, seorang pejuang wanita yang sukar dicari ganti. Semoga kita dapat mengikut jejak langkah perjuangan beliau.

ikhlaskan hati bersihkan jiwa..
semoga saye dan sahabat dapat mengambil pengajaran dari kisah mujahidah ini..

al-alifat..
maasalama

No comments:

Post a Comment

suaramu amat ku hargai